sejak Jun 1999:




Al-Fatihah

Ayah, Haji Abdul Majid Bin Tok Muda Haji Abdul Rahman
Bin Haji Mohammad Noor
(1924-1999) -75 tahun.

telah kembali ke Rahmatullah pada 9hb. Jun, 1999, jam 6.30 pagi. Beliau telah menghembuskan nafas yang  akhir di rumahnya sendiri  PL/A 154, Pekan Lama,  Pahang Darul Makmur,   dan selamat   dikebumikan   di   Tanah   Perkuburan  Masjid  Pekan   bersebelahan  kubur  kaum keluarganya.   Kepada  mereka-mereka yang telah menyumbang  tenaga dan  kewangan pihak keluarga mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga Allah membalas jasabaik anda semua.

 Bismillahhirrahmanirrahim :  Surah Al-fatihah
Dimanakan ku cari ganti (real audio)

 Latar Belakang.


Haji Abdul Majid bin Haji Abdul Rahman dilahirkan di Pekan,   Pahang pada tahun 1924 dan ibu beliau bernama Sepiah binti Awang Mohammad Daud. Ketika banjir besar berlaku di Negeri Pahang tahun 1926, beliau berumur 2 tahun lebih, dan beliau dapat mengingati akan kejadian banjir besar tersebut. Beliau mempunyai adik beradik seramai 7 orang  yang terdiri daripada:-

1. Hajjah Mariam (Long) - Telah meninggal dunia Mac 1999) - Suaminya Ustaz Basit.
2. Tok Muda Haji Abdul Hamid (Ayah Ngah) -(Orang Besar Enam Belas Pahang)
3. Haji Abdul Majid (Ayah Char) - (Meninggal 9-Jun-1999)
4. Abdul Rahim (Ayah Chik) -(telah meninggal dunia 1998)
5. Aminah (Chik) - (telah meninggal dunia)
6. Mohd Noor (Ayah Nu) - Bekas Guru Besar
7. Mahmud (Ayah Mud)- Tok Penghulu di Muazam Shah
.
Tok Penghulu Mahmud (kiri) dan Tok Muda Hj. Abdul Hamid
semasa kahwinnya Abdul Jalil di Temerloh.

Dalam sejarah Negeri Pahang,   keluarga ayah boleh dikatakan terbilang kerana datoknya   Haji Mohammad Noor adalah seorang pejuang di  Negeri Pahang pada zaman Sultan Wan Ahmad, Sultan Mahmud,   dan Sultan Abdullah.    Nama Haji Mohammad Noor memang tercatat dalam bukan sejarah Negeri Pahang dan lebih dikenali sebagai  Haji Mohammad Noor Menteri.   Kedudukan  Sultan Pahang Ahmad Shah   dan Kesultanan Selangor sekarang  adalah   atas  kebijaksanaan  dan kepahlawanan Haji Mohammad Noor. Peperangan Klang di Selangor yang melibatkan Tengku Kudin dan Raja Mahadi juga telah mendapat bantuan panglima-panglima Negeri Pahang yang diketuai oleh Tuan Haji Mohammad Noor.

Asal-usul  keluarga ayah ini boleh  ditemui di  Kertau, iaitu di seberang sungai di  Pekan Chenor. Tempat ini boleh  dihubungi melalui jalan sungai dan darat.   Tebing Tinggi  juga salah tempat yang  masih terdapat ramai kaum keluarga ayah.   Salasilah keluarga ayah ini sedang dalam kajian dan akan pamerkan di homepage ini sebagai rujukan anak cucu semua. Salah seorang besar negara yang mempunyai kaitan kekeluargaan ialah Tan Sri Hamzah Abu Samah. Sekiranya terdapat saudara mara yang ingin menghubungi dan membantu dalam menyediakan salasilah keluarga dapat e-mailkan webman.


Sejarah


Ayah telah mula dengan pelbagai kerjaya dizaman mudanya dengan menjadi officeboy di    Pejabat   Sultan Pahang  disamping bermain muzik (biola) untuk kumpulan pemuzik  Sultan Pahang,   Al-marhum Sultan Abu Bakar.     Beliau juga  pernah menjadi penanam sirih, nelayan, pekedai, polis di Raub, homeguard semasa zaman darurat, dan akhirnya menjadi pekerja lombong bijih timah,  dengan Syarikat PCCL di  Sungai Lembing.  Beliau telah berkahwin sebanyak 2 kali   dan  mempunyai anak seramai 12 orang (2orang mati semasa kecil - Khairudin dan Abdullah ).

Setelah perkahwinan beliau dengan Bonda Maimunah pada tahun 1950, mereka berdua telah berhijrah ke   Sungai Lembing dengan berbekalkan sedikit pakaian.  Di  Sungai Lembing beliau telah  dibantu  oleh rakan-rakan sehingga  beliau  mendapat perkerjaan dengan PCCL disamping mengajar dan  menubuhkan pancaragam  pemuda-pemuda  Sungai Lembing (Orkestra Cahaya Muda- OCM). Lagu-lagu Melayu Asli merupakan lagu yang sangat diminati oleh beliau. Asam garam dan pengalaman semasa berkecimpung dalam arena seni muzik sedikit sebanyak telah membuatkan beliau banyak mempelajari pelbagai tabiat manusia sama ada baik atau buruk.  Cerita-cerita ini  selalu timbul  semasa  perbualan  beliau tentang  kisah-kisah lama selain daripada cerita-cerita pengalaman beliau tentang selok belok kerja-kerja lombong bijih timah.

Kehidupan  ayah semasa  anak-anaknya  masih  bersekolah  adalah  sederhana  kerana  kebanyakan   pendapatannya  adalah secukupnya  untuk perbelanjaan makan-minum keluarga, persekolahan anak-anak, dan membina rumah sendiri.  Beliau jarang sekali minum atau makan di gerai atau kedai kopi kerana beliau selalu memikirkan wang seringgit yang  dibelanja di kedai kopi adalah lebih baik membeli sekati gula untuk kegunaan di seisi rumah. Apabila anak-anak beliau telah berjaya dalam kerjaya dan telah mepunyai pendapatan yang agak stabil, beliau kerap ke gerai atau restoren untuk merasai  kembali apa yang  beliau tidak mampu berbuat demikian dimasa yang lepas. Beliau tidak mempunyai banyak harta dan selalu berpesan kepada anak-anaknya bahawa apa yang beliau mampu ialah memberi pelajaran kepada anak-anaknya sebagai modal untuk mencari harta dunia dan akhirat.   Konsep mengajar   memancing   adalah  lebih  baik dari memberi ikan.   Dengan kebolehan memancing sudah tentu anak-anak beliau boleh mencari makan sendiri sampai bila-bila.


Ayah Di Saat-Saat Akhir


Ayah begitu banyak sekali mendapat sakit teruk.   Beliau telah  3 kali dibedah iaitu  sejak awal tahun  1960an kerana penyakit batu karangnya. Pernah kena demam malaria, kemalangan di dalam lombong bijih, dan kemalangan jalanraya dimana motosikal ayah telah dilanggar sebuah teksi berhampiran simpang Serandu, Pekan pada tahun 1988. Sehingga saat kematian ayah wang tuntutan daripada pihak insuran masih belum diperolehi.

Ayah pada 16hb. Mac 1998  telah diserang demam denggi  dan seterusnya  kehilangan selera  makan  untuk  beberapa bulan. Doktor di Hospital Kuantan telah berjaya mengesan yang ayah telah menghidapi penyakit kanser prostat yang mana serangan kanser ini didapati diperingkat akhir dan rumit untuk diubati.   Ayah  sebenarnya sedar dan redha untuk menghadapi kematian, tetapi sebagai manusia biasa,   perasaan takut namun tetap bermain dihati sanubari. Penjelasan salah seorang  doktor  India di Hospital Pekan tempoh hari yang beliau tidak akan hidup lama,    telah membuatkan ayah patah semangat untuk terus hidup.

Sejak sebulan sebelum tarikh ayah menghembuskan nafas terakhir, kesihatannya semakin terjejas.  Sakit bisa tulang begitu ketara sekali sehingga beliau tidak lagi berdaya untuk bergerak atau bangun.  Mengikut keterangan doktor,  serangan virus kanser telah menjelajahi ke  bahagian-bahagian tulangnya.   Walau bagaimanapun ayah  tetap ceria dan tabah menghadapi saat-saat akhirnya. Semuga Allah mencucuri rahmatnya kepada ayah.Amin.


Ahli Keluarga


Antara anak-anak beliau ialah:-

-  dengan isteri pertama
1. Abdul Karim - Kontraktor di Kilang Mentiga, Pekan.
2. Abdul Rashid - Pemandu Lori di Johor Baharu.

-  dengan isteri kedua - Bonda Maimunah.
Anak seramai 8 orang.

Jumlah cucu beliau adalah melebihi 30 orang dan cicit sekurang-kurangnya 3 orang. Sebagai seorang bapa, Haji Abdul Majid telah berjaya memberikan pendidikan yang sempurna kepada semua anak-anaknya sehingga 5 orang daripada  anaknya telah
berjaya mendapat kelulusan universiti atau setaraf dengannya. Kejayaan beliau mendidik anak-anaknya sedikit sebanyak telah dicemburui oleh kaum keluarganya.


Bonda Maimunah dan Long (Hajah Mariam)


Maklumat
Aktiviti-Aktiviti
Lain-Lain
Alamat , Telefon & E-mail
Sejarah & Salasilah Keluarga Sejak Tahun 1700
Penubuhan Dana Keluarga
Minit Mesyuarat 10-6-1999
Kedudukan Kewangan Dana 
Jadual Giliran Balik Kampung
Album -Gambar 1
Kenangan Dgn Rakan Muzik
Kenangan Dgn Cucu dan Cicit
Pilihan Lagu-Lagu Melayu Asli


Buku Pelawat.
                                               ©Hakcipta Terpelihara. Dihasil oleh Webman. Sila hubungi untuk keterangan lanjut.
Best viewed with any browser.
last update 7-9-1999