Tok Merah Ali
Keturunan Tok Merah Ali yang bermula di Kertau, Pahang adalah salah satu keturunan Bugis yang berasal dari kepulauan Sulawesi, Indonesia. Keturunan Melayu Bugis ini memang terkenal dengan sifat-sifat keberanian dan kepahlawanan mereka. Salah seorang pahlawan Bugis yang terkenal yang mula menjejaki Negeri Pahang Darul Makmur ialah Raja Haji. Mereka juga terkenal sebagai ahli pelayaran dan peniaga sejak dahulu lagi. Sifat-sifat ini telah menjadi kebanggaan bagi keturunan Bugis dan telah menjadi inspirasi perjuangan anak cucu mereka yang masih bertapak di Malaysia ini.
Salahsilah keturunan Tok Ali Merah ini telah dicatat pada kurun ketujuh belas sehinggalah sekarang. Ramai anak cucu Tok Ali Merah ini yang telah mencapai kejayaan samada sebagai pahlawan peperangan, pentadbiran, politik, pelajaran, perniagaan, dan bidang-bidang profesional yang lain. Haji Muhammad Nor adalah salah seorang pahlawan, menteri, dan orang kuat kepada Sultan Wan Ahmad iaitu Tokyang kepada Baginda Sultan Ahmad Shah yang memerintah Negeri Pahang Darul Makmur sekarang ini. Haji Muhammad Nor adalah merupakan orang bertanggungjawab menaikkan darjat Wan Ahmad sebagai Bendahara kepada Sultan.
Anak cucu yang lain yang terkenal ialah Datuk Abu Samah dan Anaknya Datuk Hamzah dan juga adalah salah seorangnya telah menjadi Menteri Besar Pahang, tetapi identiti beliau tidak dapat penulis kenali. Dengan tersebarnya home page ini penulis harap banyak lagi maklumat yang akan diperolehi sekiranya ada ahli-ahli keluarga yang tidak dinyatakan dalam homepage ini menghantar e-mail kepada penulis.
Add a list item. still working on it.
Add a list item.
Type some text.
Peta lsi | Salasilah | Aktiviti