Dana Keluarga

 


 
 
 
         Penubuhan Dana Keluarga
 
         Dana keluarga adalah merupakan satu dana yang berkonsepkan koperasi yang banyak diamalkan di dalam
         negara sekarang ini. Bilangan ahli keluarga yang ramai akan lebih memberi keuntungan sama ada dari segi
         kutipan modal dan juga jumlah pelaburan. Penubuhan dana keluarga ini sedikit sebanyak akan dapat
         membantu ahli-atili keluarga dan juga ibu bapa ahli. Sebagaimana kita telah alami dan lihat sendiri bahawa
         langit itu tidak selalu cerah dan hari tidak selalu hujan. Ada masanya kita akan melalui hari-hari kesusahan
         dan ketika ini dana yang kita cadangkan ini akan berfungsi.
 
         Tarikh Penubuhan
 
         Tarikh penubuhan dana ini ialah pada 24-Mac-1998 sempena mesyuarat pertamanya.
 
         Objektif Penubuhan
 
         Objektif penubuhan dana ini adalah untuk:
 
         1.   Membantu ahli-ahlinya semasa menghadapi kesusahan dan memerlukan pertolongan dari segi kewangan.
               ini termasuklah perkara-perkara seperti perkahwinan, melanjutkan pelajaran, perumahan, membeli kereta
               dan sebagainya
 
         2.   Meningkatkan pelaburan dalam sekim pelaburan yang berisiko rendah.
 
         3.   Membantu perubatan ibubapa semasa sakit dan juga memberi perbelanjaan semasa ahli-ahli pulang
               berhari raya di kampung.
 
         4.   Membeli hartatanah
 
 
         Keahlian
 
         Keahlian untuk Dana Keluarga untuk peringkat awal penubuhan ini adalah dihadkan kepada
         1.Abdul Jalil Bin Abdul Majid
         2.Tajudin Bin Abdul Majid
         3.Aziz Bin Abdul Majid
         4.Azman Bin Abdul Majid
         5.Rosnani Binti Abdul Majid
         6.Osman Bin Abdul Majid
         7 Azlan Bin Abdul Majid
         8 Lukmaanulhakim Bin Abdul Majid
 
 
         Modal Permulaan
 
         Modal permulaan untuk setiap ahli adalah sebanyak RM 2,000.00 sahaja. Jumlah modal tambahan akan
         dibincangan apabila penubuhan dana menunjukkan kermajuan. Jangka masa untuk menyumbang modal
         awal selewatnya adalah dalam masa 2 tahun memandangkan kegawatan ekonomi sekarang. Ahli-Ahli
         mempunyai pilihan membayar modal awal ini.  Adalah lebih baik sekiranya ahli-ahli dapat menyempurnakan
         modal awal ini secepat yang rnungkin kerana ini akan menambahkan keuntungan pelaburan yang akan
         dilakukan.
 
        Bendahari Dana Keluarga
 
         Berdasarkan kepada mesyuarat pada 24-O3-1998 yang dihadiri oleh Tajudin, Aziz, Rosnani, Osman,
         Lukman, dan Abdul Jalil, karni dengan sebulat suara telah melantik Rosnani sebagai bendahari kerana
         lokasi beliau yang tinggal  tetap di bandar Kuantan.
         Rosnani telah diminta menyediakan buku akaun jintuk menguruskan kelnar masuk kewangan disamping
         menyediakan borang-borang yang perlu. Modal dana akan disimpan oleh beliau di dalam akaun Amanah
         Saham Burniputra beliau dan penyata rasmi akan dikeluarkan setiap tahun.
 
 
         Hal-hal Lain
 
         Mesyuarat yang dijalankan  akan dikira sah apabila 2/3 ahli menghadirinya atau ahli yang tidak dapat hadir
         memberi proksinya.
 
         Mesyuarat akan datang akan ditentukan kemudian
 
         Pada tarikh edaran ini diterirna perlaksanaan dana ini dengan sendirinya bermula, melainkan terdapat 2/3
         dan ahlinya membuat bantahan.

          Sekian.

          Setiausaha sementara.